fbpx

Kasihan anakku, Amyra

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MAZILA (kiri) memeriksa suhu anaknya Nur Shahira Amyra yang mengidap leukemia di rumahnya di Taman Handal, Senai semalam. - RAJA JAAFAR ALI

KULAI – Biarpun sukar untuk menerimanya, namun Mazila Abd. Ghafar reda apabila anak bongsunya, Nur Shahira Amyra Mohd. Abd. Razak, 5, disahkan menghidap penyakit leukemia sejak berumur tiga tahun.

Menurut Mazila, anaknya, Nur Shahira Amyra Mohd. Abd. Razak, 5, kini sedang menjalani rawatan kemoterapi di Hospital Sultan Ismail (HSI), Johor Bahru, selepas perancangan untuk me­lakukan pemindahan sum-sum tulang gagal.

Ceritanya, pemindahan itu pada mulanya dirancang untuk dilakukan selepas Nur Shahira Amyra atau lebih mesra dipanggil Amyra melengkapkan lima sesi kemoterapi di HSI sejak Julai lalu.

“Doktor telah mengambil sampel darah empat anak saya yang lain berusia lingkungan 12 hingga 16 tahun, namun tiada padanan.

“Disebabkan keputusan yang diterima negatif, Amyra perlu kembali menjalani sesi kemote­rapi dan mungkin akan menjalani rawatan radioterapi selepas ini,” katanya.

Terdahulu, Mazila menerima kunjungan pegawai Jejak Asnaf Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) di rumahnya di Jalan Pakis 5, Taman Handal, Senai di sini semalam.

Suri rumah itu memberitahu, biarpun berat melihat pende­ritaan yang ditanggung anaknya yang adakalanya terpaksa menjalani rawatan tersebut selama 36 jam, namun dia sentiasa berada di sisi Amyra bagi memberi semangat kepada kanak-kanak itu.

Katanya, dia memerlukan RM200 seminggu bagi keperluan Amyra dalam menjalani rawatan kimoterapi.

“Walaupun apa yang dialami Amyra itu amat memenatkan, namun keletahnya yang ceria, periang dan aktif sentiasa mewarnai hidup mereka sekeluarga.

“Jauh di sudut ini mahu dia sihat sepenuhnya dan meme­nuhi impiannya untuk bersekolah bersama kanak-kanak sihat seusia­nya yang lain,” ujarnya.

Mazila memberitahu, mereka sekeluarga hanya bergantung dengan pendapatan suami sebanyak RM1,800 sebulan sebagai pemandu lori untuk belanja ha­rian dan kos rawatan Amira.

Sementara itu, wakil MAINJ berkata, pihaknya akan membantu Mazila memohon bantuan Baitulmal bagi kategori miskin dan mempunyai pesakit kronik sehingga RM500 sebulan selama dua tahun.

“Ketika ini, keluarga ini hanya menerima bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM200 sebulan.

“Jejak asnaf hari ini (semalam) turut menyampaikan bantuan segera dalam bentuk wang tunai dan barang keperluan harian,” jelasnya.

Bagi mereka yang ingin membantu, boleh menghubungi Mazila menerusi talian 018-7877602 atau menyalurkan sumbangan ke akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) 0611129000014528.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI