fbpx

Tubuh jawatankuasa kaji laporan bedah siasat Ivana Smit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Polis akan memohon penubuhan satu jawatan kuasa khas bagi mengkaji laporan bedah siasat model warga Belanda, Ivana Esther Robert Smit.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed berkata, permohonan itu akan dibuat susulan hasil laporan bedah siasat terhadap mangsa yang dilakukan dalam negara dan di Belanda menunjukkan percanggahan.

“Kes itu sudah dirujuk kepada Pihak Pendakwa Raya dan kita akan mohon untuk kaji semula dua laporan bedah siasat tersebut,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman hari ini.

Akhbar sebelum ini melaporkan, pada 7 Disember 2017, Ivana Esther ditemui mati dalam keadaan bogel di balkoni sebuah unit kediaman di tingkat 6 sebuah kondominium di Persiaran Capsquare di sini selepas terjatuh dari tingkat 20.

Sebelum kejadian, Ivana bersama pemilik kediaman yang juga seorang lelaki warga Amerika Syarikat dan isterinya, warga Kazakhstan, dilaporkan keluar minum di sebuah premis hiburan di Bangsar. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI