fbpx

Tuan Ibrahim ucap takziah kepada keluarga Ikhsan Ise

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ikhsan Ise.

PETALING JAYA – Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man mengucapkan takziah kepada keluarga pelukis, Mohamad Ikhsan Kamarudin atau dikenali dengan nama Ikhsan Ise atas kematiannya awal pagi tadi.

Ikhsan Ise yang merupakan pelukis watak Artortoise sebelum ini tular dengan penghasilan karya-karya penghargaan terhadap pengorbanan petugas barisan hadapan bertugas menentang penularan wabak Covid-19.

“Menerima khabar pemergian Saudara Ikhsan Ise yang terkenal dengan seni digital awal pagi tadi.

“Semoga Allah SWT mengampuni, merahmati dan menempatkan ruhnya bersama orang-orang yang soleh. Salam takziah buat keluarga dan warga Artortoise,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI