fbpx

Penganggur cuba samun guna pistol tiruan diberkas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pistol tiruan yang digunakan oleh suspek dalam satu cubaan samun di Jalan Kuchai Maju 8, Kuchai Lama, Kuala Lumpur semalam.

PETALING JAYA – Tindakan seorang lelaki cuba menyamun seorang wanita dengan mengacukan sepucuk pistol tiruan akhirnya memakan diri apabila dia diberkas orang awam sebelum diserahkan kepada polis di Jalan Kuchai Maju 8, Kuchai Lama, Kuala Lumpur semalam.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Anuar Omar berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 10.30 malam selepas mangsa, seorang wanita berusia 32 tahun selesai makan malam di sebuah restoran di kawasan tersebut.

“Ketika mangsa memasuki ke dalam kereta, dia didatangi seorang lelaki bersenjatakan sepucuk pistol dan cuba menyamun namun wanita itu menjerit meminta pertolongan menyebabkan suspek lari.

“Lelaki itu (suspek) bagaimanapun berjaya ditahan orang awam yang melihat kejadian itu dan kemudiannya diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Anuar, suspek merupakan lelaki tempatan berusia 47 tahun, tidak bekerja dan semakan mendapati dia mempunyai lapan rekod jenayah.

“Polis merampas sepucuk pistol tiruan jenama Forjas Taurus S.A 9 milimeter dan satu kelopak berwarna hitam.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 393 Kanun Keseksaan dan Seksyen 36(1) Akta Senjata 1960,” tegas beliau.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI