fbpx

Maipk lancar kad prabayar patuh syariah GoPayz

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar pelancaran kad prabayar Visa Gopayz-Maipk (Ta'awun) yang dilakukan secara dlam talian melalui laman facebook Zakat Perak-MAIPk dan Waqaf Perak Ar Ridzuan hari ini.

IPOH – Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (Maipk) melancarkan kad prabayar patuh syariah iaitu produk Visa GoPayz-Maipk (Ta’awun) melalui laman Facebook Maipk iaitu Zakat Perak-Maipk dan Waqaf Perak Ar-Ridzuan hari ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Maipk, Shahrulazam Shaari berkata, kad prabayar yang boleh didapati secara fizikal atau secara dalam talian itu dikeluarkan Maipk dengan kerjasama GoPayz, penyedia perkhidmatan e-wallet universal yang dibangunkan oleh U Mobile.

“Pelancaran kad prabayar itu bertujuan membantu masyarakat Islam dengan menawarkan suatu produk kewangan digital terkini patuh syariah untuk berbelanja dan menunaikan ibadat rukun dan sunat (muamalah) secara mudah.

“Maipk sentiasa komited memperkasakan pembangunan ekonomi dan sosial umat Islam khususnya menerusi medium zakat dan wakaf.

“Inisiatif baharu ini memfokuskan semangat taawun iaitu saling bantu-membantu di mana Maipk dan masyarakat saling bekerjasama secara tidak langsung untuk mengumpulkan dana wakaf tunai dan mewujudkan projek wakaf yang berdaya saing,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, setiap perbelanjaan di premis terpilih akan membolehkan pelanggan mengumpul mata ganjaran yang akhirnya akan ditukarkan kepada hasil wakaf tunai.

Katanya, Maipk seterusnya akan membangunkan projek-projek wakaf yang bersesuaian untuk kembali dimanfaatkan oleh masyarakat dalam negeri Perak.

“Pelancaran produk ini juga tepat pada masanya, di mana kita berusaha meminimakan pergerakan fizikal dengan mengutamakan transaksi dalam talian.

“Kad prabayar ini berfungsi seperti kad debit bank, para pelanggan boleh berbelanja di semua premis yang mempunyai terminal kad VISA dalam dan luar negara serta membuat pengeluaran tunai di terminal mesin pengeluaran wang automatik (ATM),” katanya.

Beliau berkata, walaupun konsep penggunaannya sama seperti kad debit bank namun kad prabayar itu tidak memerlukan pengguna mempunyai akaun bank dan ia hanya menggunakan perkhidmatan kewangan digital yang berdaftar di bawah Bank Negara Malaysia (BNM) iaitu e-wallet GoPayz.

Katanya, kad prabayar itu juga boleh digunakan di seluruh negara malah boleh juga boleh digunakan untuk pembayaran zakat, wakaf dan derma khususnya di negeri Perak.

Beliau berkata, mata ganjaran yang diperoleh dari penggunaan kad prabayar itu juga boleh diwakafkan terus kepada Maipk dan ia memberikan keistimewaan dan peluang kepada pengguna untuk menambah ibadat wakaf tanpa mengeluarkan tunai dengan Program Penukaran Automatik GoPointz kepada Wakaf Tunai Maipk.

Shahrulazam berkata, pengguna yang memohon Kad Prabayar Visa GoPayz Maipk (Ta’awun) mulai hari ini sehingga 31 Disember 2020 boleh mendapat kad tersebut secara percuma di semua cawangan Maipk di seluruh negeri dan ia terhad kepada 2,500 pemohon terawal. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI