fbpx

Enam penduduk kawasan banjir dikompaun RM1,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penduduk di kawasan banjir yang tidak mematuhi arahan SOP PKPB boleh dikompaun RM1,000.-Gambar hiasan

RANTAU PANJANG – Enam orang penduduk yang terjejas akibat banjir di sini dikompaun selepas didapati gagal mematuhi mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) semalam.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Mohamad Roy Suhaimi Sarif berkata, kompaun itu dikeluarkan selepas mendapati mereka tidak mematuhi SOP seperti penjarakan fizikal dan memakai pelitup muka.

Katanya, orang ramai perlu menyambut saranan Kementerian Kesihatan (KKM) supaya tidak keluar rumah jika tiada sebarang urusan penting.

“Perkara itu penting dalam usaha untuk memutuskan rantaian wabak Covid-19. Jika pesta air sempena banjir berlaku, saya percaya mereka yang terlibat sukar untuk mematuhi SOP Covid-19″

“Ini bukan soal bermain air banjir tetapi dalam suasana PKPB dan gelombang ketiga Covid-19, pematuhan SOP perlu diutamakan,” katanya.

Kosmo Online! kelmarin melaporkan, tindakan kompaun sebanyak RM1,000 akan dikenakan kepada individu jika ditangkap bermain air banjir secara berkumpulan di kawasan Rantau Panjang pada tahun ini.

Tindakan itu merupakan salah satu usaha memutuskan rantaian wabak Covid-19 gelombang ketiga yang menunjukkan peningkatan di daerah ini.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI