fbpx

DUN Pembangkang Perak dakwa hanya terima RM40,000 Bantuan Khas Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abdul Aziz

IPOH – Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, Dr. Abdul Aziz Bari mendakwa semua pusat khidmat pembangkang Perak hanya menerima RM40,000 daripada RM80,000 peruntukan Bantuan Khas Covid-19 seperti diumumkan sebelum ini.

Beliau berkata, bayaran tersebut dibuat sebanyak dua kali, masing-masing berjumlah RM20,000 setiap bayaran.

“Pejabat ini ingin menyatakan bahawa setakat ini pejabat-pejabat pusat khidmat pembangkang di seluruh Negeri Perak hanya menerima sebanyak RM40,000 sahaja.

“Kami tidak pasti sama ada peruntukan berjumlah RM50,000 (seperti diumumkan 29 November lalu) termasuk baki yang belum kami terima atau tambahan kepada amaun asal RM80,000 terdahulu,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu pada 29 November lalu mengumumkan akan menyalurkan sumbangan tunai sebanyak RM50,000 bagi setiap kawasan DUN bagi membantu meringankan beban rakyat yang terjejas akibat banjir.

Selain banjir, bantuan itu juga turut membantu mereka yang terjejas akibat Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di seluruh negeri dan Perintah Kawalan Pergerakan Dipertingkatkan (PKPD) di kawasan-kawasan tertentu.

Sumbangan itu adalah untuk diagihkan secara terus kepada golongan sasar di kawasan masing-masing.

Menurut Ahmad Faizal, kerajaan negeri telah menyalurkan keseluruhan sumbangan berjumlah RM80,000 kepada 59 Pusat Khidmat DUN di seluruh negeri sebelum ini.

Ia dibuat secara empat kali bayaran sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula Mac hingga Mei tahun ini untuk disalurkan kepada rakyat yang memerlukan di kawasan masing-masing. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI