fbpx

Alvin Goh di Penjara Simpang Renggam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Alvin Goh

PETALING JAYA – Raja judi online dalam negara, Alvin Goh ditahan di Penjara Simpang Renggam, Johor mengikut Akta Pencegahan Jenayah (POCA) 1959.

Selain itu, Ady Kana serta dua anggota polis turut ditahan mengikut akta yang sama.

Alvin atau nama sebenarnya Goh Leong Yeong, 32, ditahan selama dua tahun bersama seorang anggota polis di Penjara Simpang Renggam manakala Ady Kana di Penjara Pokok Sena, Kedah.

Seorang lagi anggota polis dari Kontinjen Selangor pula ditahan di Penjara Bentong, Pahang.

Semua hukuman tahanan selama dua tahun itu diputuskan Lembaga Pencegahan Jenayah, Kementerian Dalam Negeri pada Jumaat lalu.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed mengesahkan penahanan terbabit.

“Kita akan keluarkan kenyataan mengenai penahanan ini,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Pada Oktober lalu, Alvin dan Addy ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia selepas didapati bersekongkol dengan sindiket luar negara bagi menjalankan aktiviti judi online dan Macau Scam bagi yang mensasarkan rakyat di China.

Kosmo! Online pada 16 November lalu melaporkan ahli perniagaan, Goh Leong Yeong atau lebih dikenali Alvin Goh yang direman selama 38 hari berkaitan judi online, kekal dalam tahanan Akta Pencegahan Jenayah (POCA) 1959 sehingga 20 Disember ini oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Azhar Abdul Hamid membuat keputusan itu selepas menolak permohonan yang dikemukakan Alvin Goh ,32, selaku pemohon supaya dibebaskan serta-merta daripada direman di bawah akta itu. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI