fbpx

RUU Perbekalan 2021 bagi JPM lulus peringkat jawatankuasa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Parlimen.

PETALING JAYA-Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2021 bagi Jabatan Perdana Menteri (JPM) lulus peringkat jawatankuasa sebentar tadi.

Kelulusan RUU itu diumumkan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun selepas diputuskan menerusi proses undi belah bahagi.

Melalui proses pengundian itu, seramai 105 Ahli Parlimen menyokong RUU tersebut manakala 95 lagi tidak menyokong selain 20 tidak hadir.

Undian belah bahagi dilaksanakan selepas lebih 15 Ahli Parlimen bersetuju supaya RUU terbabit diluluskan melalui kaedah berkenaan.

Perbentangan Belanjawan 2021 memperuntukkan sebanyak RM11.69 bilion kepada JPM melibatkan RM4.47 bilion bagi perbelanjaan mengurus dan RM7.2 bilion bagi pembangunan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI