fbpx

ILC realisasikan impian OKU

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Pusat Kehidupan Berdikari atau Independent Living Centre (ILC) adalah pusat yang menawarkan perkhidmatan asas untuk memperkasakan Orang Kurang Upaya (OKU).

Selain memberi tumpuan kepada aspek penentuan matlamat kendiri, kemahiran Independent Living (IL) juga diberikan agar OKU lebih bersedia untuk memulakan kehidupan berdikari.

OKU memiliki tanggungjawab sepenuhnya ke atas diri sendiri dan mereka diberi penghormatan sebagai individu dalam masyarakat.

ILC menawarkan perkhidmatan kepada semua OKU terutamanya yang tinggal berhampiran dan dalam kalangan mereka yang mengalami kurang upaya tahap teruk (severe impairment).

Ia turut menyasarkan kumpulan yang ingin memulakan kehidupan secara berdikari yang telah lama berada dalam sesebuah institusi atau di bawah jagaan ahli keluarga.

Objektif penubuhannya adalah untuk membantu OKU hidup berdikari dalam masyarakat dan menjadi sumber informasi untuk kumpulan berkenaan memperoleh segala maklumat dan perkhidmatan berorientasikan isu ketidakupayaan.

Selain itu, pusat itu juga adalah untuk menjadi lokasi bagi mereka memperoleh semula kemahiran dan keyakinan diri untuk kembali dalam masyarakat.

ILC akan menggalakkan dan mempercepatkan lagi proses pembangunan untuk OKU daripada sudut pemerkasaan (empowerment) dan pengupayaan (enablement) dengan penyertaan penuh melalui program advokasi.

Ia juga menjadi pusat rujukan maklumat dan pembangunan bagi OKU yang melibatkan isu ketidakupayaan untuk kerajaan mahupun swasta.

ILC ditubuhkan selaras dengan RMK-11 (2016-2020) yang mana pembinaan tujuh buah ILC dinyatakan di bawah Strategi B6.

Dua buah ILC sedia ada telah mula beroperasi pada tahun 2019 iaitu ILC Milad di Seksyen 22, Petaling Jaya, Selangor dan ILC@PLPP di Pusat Latihan Perindustrian dan Pemulihan Bangi, Bangi, Selangor.

 

Selain itu, perkhidmatan yang disediakan oleh ILC adalah meliputi semua kategori OKU seperti perkhidmatan kaunseling rakan sebaya / peer counseling untuk mengikuti program hidup berdikari, perkhidmatan personal assistant (PA), perkhidmatan sokongan, informasi dan advokasi

Melalui ILC, lebih ramai pembantu peribadi akan dilatih dalam membantu OKU dan secara tidak langsung ia akan dapat membantu mereka lebih berdikari serta mampu keluar dan berada bersama-sama dengan masyarakat normal yang lain.

Perkhidmatan PA merupakan perkhidmatan yang penting yang disediakan di ILC dan ia akan dapat mendorong serta menyokong kehidupan berdikari bagi OKU yang mengalami kecacatan yang teruk.

PA menjalankan tugas untuk membantu kumpulan ini mengurus diri seperti membuang air, mandi, memakai pakaian, mengemas rumah, membeli-belah, menjaga anak dan membantu mewujudkan jaringan sosial seperti membawa mereka menziarahi kaum keluarga dan jiran-jiran.

Sepanjang pengoperasian dua buah ILC pada tahun 2019, ia dilihat amat berkesan dalam membantu OKU mendapatkan perkhidmatan di ILC.

Pengoperasiannya memberi impak yang positif kepada kumpulan tersebut.

Sehingga kini, seramai 1,004 OKU telah mendapat manfaat daripada perkhidmatan PA, Peer Counseling dan

Program Kehidupan Berdikari yang ditawarkan di dua buah ILC yang telah beroperasi.

Melalui keberkesanan ini, sebanyak lima buah ILC telah diwujudkan di Kedah, Selangor, Sabah, Sarawak dan Johor pada tahun ini agar lebih ramai OKU mendapatkan perkhidmatan.

Sehingga kini, seramai 200 PA telah diberi latihan untuk memberi perkhidmatan kepada OKU dan ia bukan sahaja menawarkan perkhidmatan berbentuk fizikal, tetapi menyokong semangat kehidupan berdikari.

Sehingga akhir Disember, kerajaan telah berjaya mencapai sasaran menubuhkan tujuh ILC yang mana perkhidmatan PA diperluaskan di setiap negeri.

Lima buah ILC baharu pada tahun ini adalah ILC Permai di Universiti Utara Malaysia, Sintok, Kedah; ILC Rawang di Lot. 112, Kg. Sg. Dua Tambahan, Rawang, Selangor dan ILC Sindrom Down Johor di No. 1 Jln Indah 10/8, Taman Bukit Indah, Iskandar Puteri, Johor.

Selain itu, ILC Cheshire Sabah di Jalan Vokasional, Km 5, Off Jalan Tuaran Likas, Kota Kinabalu, Sabah dan juga ILC SSCIA di Lot 1895, Jalan Permai Barat 1, Sibu, Sarawak.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI