fbpx

UMNO sudah bersedia hadapi PRU-15

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tajuddin (kanan) menyampaikan sumbangan Covid-19 kepada golongan memerlukan di Parlimen Pasir Salak hari ini. -Foto oleh SHAARANI ISMAIL

PASIR SALAK – UMNO sudah bersiap sedia menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) dengan memperkukuhkan jentera di setiap peringkat.

Pengarah Pilihan Raya UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata, ketika ini usaha gerak kerja jentera parti sedang diperkemas dan diperkukuhkan.

“Saya sudah dilantik sebagai Pengarah Pilihan Raya, kita sedang perkukuhkan lagi jentera bagi lebih hebat dan juga sudah bersiap sedia, ” katanya ringkas.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam menyatakan PRU-15 akan diadakan selepas pandemik Co­vid-19 berakhir.

Sehubungan itu, Muhyiddin yang juga Presiden Parti Pribumi ­Bersatu Malaysia (Bersatu) menegaskan tiada keperluan ­untuk mana-mana pihak berusaha supaya Belanjawan 2021 ditolak agar PRU-15 dapat diadakan.

Ditanya persediaan UMNO dalam menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) Gerik yang dijadualkan 16 Januari depan, Tajuddin yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO berkata, beliau akan memanggil UMNO Bahagian Gerik untuk mengadakan mesyuarat dan mendengar laporan daripada mereka.

“Setakat ini kita masih belum mengadakan perbincangan lagi. UMNO juga sudah nyatakan Pas tidak perlu masuk bertanding, PN (Perikatan Nasional) juga begitu, jangan bertanding.

“Mudah-mudahan (mereka) tidak bertanding, kalau bertanding pun UMNO tetap akan menang,” katanya.

Beliau berkata demikian kepasa pemberita selepas menyampaikan Sumbangan Covid-19 Parlimen Pasir Salak di Dewan MDPT di sini hari ini.

Tajuddin berkata, UMNO juga masih belum mengadakan perbincangan dengan Pas dan Bersatu bagi menghadapi PRK Gerik. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI