fbpx
SHARIFAH HUSNA

Saya tak pakai seksi – Sharifah Husna

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TIDAK dinafikan, wajah pelakon baharu itu memang cantik dan memiliki pesona tersendiri.
Ditambah dengan bentuk tubuhnya yang langsing dan tinggi lampai, semua anugerah tersebut umpama pakej lengkap untuknya menyinar sebagai bintang.

Namun tegas wanita berusia 27 tahun itu, dia bukan hadir ke dalam industri semata-mata untuk menjual wajah, sebaliknya nekad mempamerkan bakat dalam dunia lakonan sebagai pelakon.

HUSNA merasakan cukup-cukuplah cerita tentang kacukan keluarganya menjadi bahan penceritaan untuk khalayak. – MOHAMMAD IQBAL ROSLI

Sebenarnya agak meletihkan apabila rupa parasnya sering menjadi topik utama setiap kali ditemu bual media.

Selepas ini, pemilik nama Sharifah Husna itu berharap, khalayak lebih memandang hasil lakonannya berbanding terus memperkatakan tentang faktor genetik sehingga pada batang tubuhnya.

 

“Kalau boleh, saya harap soal wajah campuran ini tidak lagi menjadi topik utama kerana saya hadir dalam industri bukan untuk menjual wajah, tetapi bakat,” ujar wanita berdarah kacukan Melayu, Pakistan, Afghanistan, Arab, British, Portugis, Belanda dan Indonesia itu berhemah.

Perubatan

Kurang daripada dua tahun bergelar pelakon, wanita kelahiran Subang Jaya, Selangor itu mengakui usianya sudah agak lewat ketika menyertai dunia hiburan.

Lama dia menyimpan minat mahu bergelar pelakon, namun impian tersebut pernah ditunda bagi menunaikan harapan impian kedua-dua ibu bapanya. Dia harus menamatkan pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang perubatan terlebih dahulu sebelum mengejar cita-cita peribadi.

Menurut pelakon yang mesra disapa Husna itu, keluarganya sangat bersifat ‘tradisional’ dalam bidang pelajaran.

MENGAKUI hatinya sudah dimiliki lelaki bernama Halim Radzi, Husna bagaimanapun tidak mahu terlalu bercerita soal peribadi.“Kalau ikutkan, keluarga sebenarnya tidak suka saya menceburkan diri dalam bidang hiburan.

“Tetapi disebabkan mereka nampak saya betul-betul minat dalam bidang ini, mereka izinkan tetapi dalam masa sama saya buktikan bahawa saya boleh hidup dalam industri.

“Alhamdulillah, sekarang mereka sudah memahami minat saya dan semakin memberi sokongan terhadap kerjaya saya sebagai pelakon,” ujar bekas graduan perubatan dari University Royal Collage Surgeon Ireland, Serdang, Selangor itu.

Selepas terpesong jauh daripada bidang asal, timbul persoalan tentang masa depan wanita itu sebagai selebriti pada masa akan datang.

Sudah sinonim, kerjaya sebagai doktor memang dipandang tinggi. Rata-rata akan berbicara soal gaji lumayan yang bakal diperoleh.

Tidak Seksi

Enggan dilihat tersalah membuat percaturan, Husna menegaskan bukan dia sahaja insan di dunia yang memilih kerjaya jauh daripada pencapaian akademik.

Bekas juara pencarian bakat Gadis Panca MyBeauty 2018 musim kedua itu tekad untuk bergelar pelakon kerana percaya, pasti ada rezeki buatnya jika melakukan sesuatu yang benar-benar diminati.

“Apa yang penting jangan pernah putus berdoa kepada Allah SWT,” tegas Husna.

Selepas berkecimpung dalam dunia lakonan, Husna memberitahu bahawa keluarganya tidak pernah meletakkan sebarang syarat untuk bergelar artis.

Pembawa watak Dowena, seorang wanita psiko dalam drama Ryan Aralyn itu mengakui, mengatur sendiri karier seninya tanpa campur tangan keluarga.

“Sebab keluarga tahu siapa saya. Saya sendiri pun tahu apa yang boleh dan apa yang tidak boleh dilakukan.

“Sejujurnya saya tidak memakai pakaian seksi. Biarpun saya tidak bertudung, saya memang akan elakkan daripada memakai pakaian seksi.

“Lagi satu, saya juga tidak pernah menjejakkan kaki ke kelab malam. Orang mungkin tidak percaya sebab saya kelihatan urban,” ujarnya.

TERSASAR daripada bidang perubatan, Husna kini nekad meneruskan haluan hidupnya sebagai pelakon.

Dimarahi

Selepas bergelar pelakon, Husna mendakwa kerjaya tersebut membuatkan dirinya perlu berdisiplin dan sentiasa menepati masa.

Mengakui pernah ditegur seorang pengarah ketika penggambaran, Husna juga tidak akan berkecil hati jika dimarahi sekali pun, bagi memantapkan ilmu di dada.

“Saya reka dimarahi dan lebih suka kena marah oleh pengarah yang garang. Apabila saya gementar, saya akan lebih bersedia dan berdisiplin,” katanya.

Menginjak usia 27 tahun, Husna mengimpikan untuk berlakon dalam naskah bergenre seram dan aksi, walaupun hakikatnya, dalam kehidupan sebenar, pelakon yang pernah membintangi drama Suri Katriana, Aku Yang Kau Tinggalkan, Kasih Tak Terungkap dan Seribu Rindu itu seorang yang pemalu.

“Saya suka menari dan berharap boleh menjadi seorang pelakon versatil yang hebat seperti Nabila Huda,” ujarnya.

Enggan menyembunyikan soal cinta, Husna turut bercerita soal hati. Dia terbuka mengakui, sedang menyulam cinta dengan pelakon baharu Halim Radzi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN