fbpx

Pernah dilamar bapa pesakit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DR. NADZIRAH tekad tinggalkan bidang perubatan untuk menceburkan diri dalam dunia kecantikan dan estetik.

Gadis yang memenuhi rua­ngan Pesona Ahad minggu ini bukan calang-calang orang.

Dia pernah menjadi buah mulut ramai manusia termasuk mendapat liputan media tempatan apabila menjadi individu ‘kegilaan’ pesakit sehingga ada kejadian dia dilamar bapa pesakit untuk dijadikan menantu selain lelaki berpura-pura sakit untuk berjumpa dengannya.

Dia yang dimaksudkan ialah Dr. Nadzirah Abdullah, 28. Dia sanggup meninggalkan kerjaya sebagai doktor perubatan di hospital kerajaan semata-mata hendak terjun ke dalam bidang kecantikan dan estetik.

Keputusan yang diambil pada 2017 itu membuahkan hasil apabila pemegang Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Pembedahan daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia di Kuantan, Pahang itu berjaya mengasaskan klinik estetik sendiri iaitu Infinity Clinic by Dr. Nadz.

Ikuti temu bual wartawan Kosmo! Ahad bersama Dr. ­Nadzirah:

Kosmo! Ahad: Mengapa memilih kerjaya sebagai doktor?
Dr. Nadzirah: Saya gembira apabila melihat pesakit sembuh dan dapat mempelajari benda baharu setiap hari.

Bagaimana boleh minat bidang kecantikan dan estetik?
Suka mencari duit sendiri dan rasa puas dapat melihat wa­nita sentiasa tampil cantik dan berkeyakinan.
Alhamdulillah, sekarang saya sudah ada dua klinik sendiri di Shah Alam, Selangor dan Sri Rampai, Kuala Lumpur.

Apa cabaran sebagai doktor?
Perlu ‘oncall’ lebih 36 jam pada hari-hari tertentu. Walaupun tidak cukup tidur, ahli perubatan perlu fokus kerana ia melibatkan soal nyawa.
Dalam bidang esstetik pula, memenuhi kehendak dan ke­puasan pelanggan merupakan cabaran yang perlu dihadapi.
Lain pelanggan, lain ragamnya dan itu menguatkan saya.

MENDAKI, berlari dan gimnasium menjadi kegemaran Dr. Nadzirah jika mempunyai waktu lapang.

Kenangan manis dalam kerjaya?
Selepas tamat belajar, saya menjalani Housemanship di Hospital Selayang, Selangor sebelum menjadi Pegawai Perubatan di Institut Penyelidikan Perubatan Malaysia, Kuala Lumpur.
Mendengar tangisan ketika menyambut kelahiran bayi adalah pengalaman paling berharga dan manis ketika berkhidmat di Jabatan Obstetrik dan Ginekologi.

Aktiviti masa lapang?
Mendaki, berlari dan gimnasium. Selain itu, saya juga suka membaca serta berkongsi ilmu dengan orang ramai.

Bagaimana anda berdepan dengan pengikut media sosial?
Saya percaya boleh mengajar orang ramai tentang kepentingan menjaga kulit, kesihatan terma­suk pengalaman cara hidup sihat.

Cara hadapi kecaman netizen?
Ambil ia sebagai positif. Untuk elakkan kecaman kita perlu berhati-hati dalam menyampaikan sesuatu perkara agar informasi itu tidak salah fakta.

Nasihat kepada wanita?
Penampilan mencerminkan keperibadian kita. Jika dijaga kita akan lebih berkeyakinan.

Perancangan dan impian masa depan?
Mahu tambah cawangan klinik di negeri-negeri lain untuk bantu lebih ramai wanita tampil cantik dan de­ngan lebih berkeyakinan dan berketerampilan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI