fbpx

1,309 kes baharu, tiga lagi kematian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA – Sebanyak 1,309 kes baharu dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kes positif Covid-19 di Malaysia sebanyak 64,485 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah tersebut, hanya satu kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara manakala selebihnya ialah kes penularan tempatan.

“Terdapat pertambahan tiga lagi kes kematian Covid-19 hari ini di Perak, Negeri Sembilan dan Sabah menjadikan jumlah kes kematian terkini di Malaysia sebanyak 357 kes.

“Kes kematian ini melibatkan dua lelaki dan seorang wanita berusia 64, 89 dan 53 tahun,” katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini hari ini.

Beliau menambah, sebanyak 1,333 kes sembuh turut dilaporkan menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh sepenuhnya daripada Covid-19 sebanyak 52,647 kes.

Ujarnya lagi, terdapat 116 kes positif sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi dengan 42 kes memerlukan bantuan pernafasan. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI