fbpx
NABILA bersama anaknya, Kesha.

Nabila Huda sedih baca surat anak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – Pelakon dan pengacara Nabila Huda meluahkan rasa sedih selepas menerima sepucuk surat yang ditulis anak perempuannya, Kesha Laila baru-baru ini.

Pemilik nama penuh Nabila Huda Suhaimi atau lebih dikenali sebagai Abil, 36, berkata, dia berasakan dirinya gagal menjadi ibu yang terbaik rentetan tuntutan kerjaya sebagai anak seni yang tidak menentu.

“Ini surat yang Abil terima dari anak perempuan kesaya­ngan. Dia gelarkan Abil sebagai neighbours sebab bilik Abil sebelah dengannya.

“Sebenarnya bila Abil baca surat ini, Abil automatik jadi sedih sebab semua tahu kerjaya sepertinya bukan satu yang mudah selain masa bersama keluarga yang tidak pernah cukup,” tulisnya di Instagram.

Tambah Abil yang popular menerusi filem M4M4, selama ini dia banyak berkorban pelbagai perkara demi kerjayanya termasuklah waktu bersama keluarga.

“Abil berkorban banyak benda demi kerjaya abil. Abil juga bersyukur mempunyai anak yang banyak memberikan sokongan dan sentiasa memahami ibu dia yang selalu tidak cukup masa untuk lakukan perkara lain dalam hidup.

“Kadang-kadang Abil rasa gagal jadi ibu kerana selalu berjauhan dengannya. Saya selalu banyak habiskan masa di set penggambaran dan itu antara bahagian paling sukar menjadi seorang Nabila Huda. Saya sangat sayangkan kamu, Babykash,” tulisnya lagi.