fbpx
Gambar hiasan.

Untung selepas cukai TNB RM2.41 bilion

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Tenaga Nasional Bhd. (TNB) merekodkan keuntungan selepas cukai berjumlah RM2.41 bilion bagi tempoh sembilan bulan pertama tahun kewangan 2020 dalam si­tuasi ekonomi semasa yang mencabar.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif TNB, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, ia adalah kemerosotan sebanyak 37.5 peratus berban­ding RM3.86 bi­lion yang direkodkan tempoh sama tahun sebelumnya.

“Penyumbang utamanya adalah kerana penutupan perniagaan akibat Covid-19 yang mengakibatkan jualan elektrik berkurangan.

“Faktor lain termasuk kesan Piawaian Pelaporan Kewangan Malaysia (MFRS) 16 sebanyak RM595.1 juta serta kerugian tukaran mata wang asing yang belum direalisasi sebanyak RM174.3 juta,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini semalam.

Amir Hamzah menjelaskan, pendapatan berkurangan 13.2 peratus tahun ke tahun kepada RM33.65 bilion terutamanya di­sebabkan oleh sumbangan yang lebih rendah daripada syarikat-syarikat subsidiari.

Margin pendapatan sebelum faedah, cukai, susut nilai dan pelunasan kekal pada 40.9 peratus disebabkan oleh penurunan perbelanjaan operasi.

Amir Hamzah menjelaskan, pada suku ketiga berakhir September 2020, permintaan dan penjualan elektrik kembali me­ningkat berbanding suku sebe­lumnya kerana sebahagian besar sektor industri dan komersial dibenarkan beroperasi dengan kapasiti penuh di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Jelasnya, sejajar pemulihan ekonomi, permintaan maksimum 16,570 giga watt jam (GWj) pada suku ketiga menghampiri tahap dicapai pada 2019 iaitu 16,894 GWj.

“Hasilnya, penjualan serta kutipan meningkat secara berperingkat dan kami akan terus memantau trend ini ketika negara menghadapi gelombang ketiga Covid-19.

“Untuk setahun penuh, TNB menjangkakan penggunaan elektrik secara keseluruhan akan berkurangan antara enam peratus hingga 10 peratus tahun ke tahun,” terang beliau.

Dalam pada itu, Lembaga Pengarah TNB menjangka prestasi Kumpulan akan pulih secara beransur-ansur pada suku tahun kewangan berakhir 31 Disember 2020.

Ini disokong oleh pelancaran pakej rangsangan kerajaan khususnya Bantuan Prihatin Rakyat dan momentum aktiviti perniagaan yang berterusan.

BERITA BERKAITAN