fbpx

Pekerja syarikat penerbangan dipelawa raih pendapatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Fadzil (tengah) dan Mohd. Fadhli (dua kiri) melihat sebahagian jenis makanan untuk program Keusahawanan kakitangan penerbangan yang terjejas selepas Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman Kolaborasi Strategik di Malakat Mall Cyberjaya hari ini.-Foto FAISOL MUSTAFA

CYBERJAYA – Malakat Mall dan pembekal makanan syarikat terkenal penerbangan, Brahim’s SATS Food Services Sdn. Bhd. menawarkan peluang pekerjaan kepada kakitangan syarikat  penerbangan yang kehilangan punca pendapatan akibat terkesan Covid-19.

Program keusahawanan itu menyasarkan 1,000 penyertaan daripada usahawan baharu dalam kalangan staf syarikat penerbangan yang terjejas dan berhasrat memulakan perniagaan.

Ketua Pegawai Eksekutif Malakat Mall, Fadzil Hashim berkata, pada peringkat permulaan, peserta akan disediakan dengan makanan bermasak sihat dan berkhasiat untuk dipasarkan di kawasan  komuniti mereka.

Katanya, bermodalkan RM1,000, peserta sudah boleh memulakan perniagaan dan barangan jualan itu boleh didapati secara terus daripada Malakat Mall.

“Jika usahawan terbabit tidak mempunyai modal pendahuluan, pihak kami juga sedia membantu termasuk memberikan tunjuk ajar teknik perniagaan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Menandatangani Projek Muslim Village Malaysia bersama Perbadanan Yayasan  Basmi Kemiskinan (YBK) Sdn. Bhd. di Malakat Mall di sini hari ini.

Turut hadir Pengarah Urusan Kewangan dan  Pentadbiran, Brahim’s SATS Food Services  Sdn. Bhd., Mohd. Fadhli Abdul Rahman dan  Pengerusi Perbadanan YBK, Datuk Zainal Abidin Sakom serta Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan.

Projek Muslim  Village  Malaysia di  Bukit  Tasik, Serendah, Selangor itu dibangunkan oleh  Raudah  City di  tanah  seluas  176.9 ekar  milik  Perbadanan YBK membabitkan 1,000 unit kediaman dan dijangka  siap  pada Jun  2021.

Sementara itu, Mohd.  Fadhli  berkata, program keusahawan itu  adalah  inisiatif  pihaknya  dalam  membantu  kakitangan  syarikat  penerbangan yang telah banyak membantu memperkenalkan makanan  keluaran Brahim’s sebelum  ini.

Katanya, makanan yang  akan dipasarkan dalam program keusahawanan itu adalah bertaraf antarabangsa, namun harga yang dijual adalah mampu milik untuk semua peringkat.

“Program secara kerjasama ini akan diadakan secara  berterusan  dan orang  awam yang  terjejas pendapatan  akibat  pendemik  Covid-19 juga  dipelawa  menyertai program ini,” katanya.-K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI