fbpx

Lampard akui perlukan Giroud

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GIROUD mahu meninggalkan Chelsea sekiranya terus disisihkan oleh Lampard. – AFP

LONDON – Pengurus Chelsea, Frank Lampard mengakui bahawa penyerangnya, Olivier Giroud tetap berada dalam pe­rancangannya selepas muncul wira ketika berjaya mencatat kemenangan 2-1 ke atas Rennes pada aksi Liga Juara-Juara kelmarin.

Pemain berusia 34 tahun itu dilaporkan kecewa dengan si­tu­asi semasa apabila jarang diturunkan dan hanya beraksi selama 36 minit dalam saingan Liga Perdana Inggeris musim ini.

Lampard dilihat lebih se­nang menggunakan khidmat Timo Werner dan Tammy Abraham menyebabkan Giroud makin tersisih.

“Mungkin ramai yang tidak tahu mengenai apa yang berlaku di sebaliknya. Saya puji sikap profesional dipamerkan oleh Giroud terhadap pasukan, rakan-rakan dan saya sendiri.

“Umur seperti tidak memberikannya apa-apa kesan, lihat sahaja cara dia berlatih. Dia semakin dapat menyesuaikan diri dengan usia.

“Dia memberikan kami banyak peluang untuk membentuk pasukan yang lebih baik. Saya selalu cakap bahawa jadual perlawanan musim ini masih panjang dan akan menjadi lebih padat selepas ini.

“Situasi ini menyebabkan saya bergantung kepada para pemain. Saya sangat bersyukur pemain seperti Giroud masih menunjukkan sikap yang baik biarpun jarang diturunkan. Saya tahu, setiap kali pasukan ini memerlukannya, dia akan memberikan sesuatu yang istimewa,” katanya.

Memasuki bulan Disember, Chelsea bakal berdepan jadual yang cukup padat dan Lampard berjanji akan memberikan Giroud lebih banyak peluang.

“Saya berdepan masalah memilih pemain. Saya fikir Oli tahu betapa saya gembira dia bersama kami dan sejauh mana saya meletakkan harapan di bahunya setiap kali diturunkan,” jelasnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI