fbpx
Gambar hiasan

Individu dari Sabah wajib jalani ujian swab kali kedua

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU – Individu yang pulang dari Sabah ke negeri ini diwajibkan menjalani ujian swab kali kedua sebagai langkah berjaga-jaga untuk mengelakkan penularan Covid-19 dalam skala besar di Kelantan.

Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN) Kelantan, Jefny Muhammad berkata, ujian swab kali kedua itu dilakukan selepas tempoh lima hari mereka dikuarantin di dua pusat kuarantin di negeri ini.

Katanya, sekiranya didapati negatif, individu itu boleh pulang ke pangkuan keluarga tanpa perlu menghabiskan tempoh kuarantin selama 14 hari.

“Seramai 121 individu dari Sabah akan pulang ke Kelantan esok. Kebanyakan terdiri daripada guru, polis dan pelbagai golongan.

“Ada antara mereka yang tidak menjalani ujian swab kali pertama di Sabah. Jadi, mereka akan menjalani dua ujian swab terlebih dahulu sebelum dikuarantin dan dibenarkan pulang sekiranya ujian kali kedua menunjukkan keputusan negatif,” katanya pada sidang akhbar di Bilik Gerakan Jabatan Kesihatan Negeri di sini hari ini.

Menurut Jefny, kesemua individu dari Sabah akan dikuarantin di Bahagian Teknologi Pendidikan, Pengkalan Chepa dan Kolej Kemahiran Tinggi Mara, Pasir Mas.

Katanya, langkah menjalani ujian swab sebanyak dua kali itu telah dipersetujui oleh kerajaan negeri kepada individu yang pulang dari negeri zon merah.

“Sebelum ini, Kelantan hanya melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP). Penularan Covid-19 ini berlaku berkaitan kes import B iaitu dari luar negeri Kelantan.

“Jadi, MKN telah menyesyorkan bahawa Kelantan perlu melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB),” katanya. -K!ONLINE

POPULAR