fbpx

Bapa pelakon Ummi Nazeera meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ummi Nazeera.

Oleh NURFARHANA MOHAMED

KUALA LUMPUR – Bapa kepada pelakon Ummi Nazeera, Zainul Abadin Mat Akhir meninggal dunia di Pusat Perubatan Ampang Puteri, Selangor pada pukul 12 tengah malam tadi.

Menurut Ummi, 30, bapanya menghembuskan nafas terakhir pada usia 69 tahun akibat komplikasi penyakit kronik.

Jenazah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Raudhatul Sakinah Kuala Lumpur- Karak pada pukul 10 pagi tadi.

“Kali terakhir saya bertemu dengan arwah ialah pada pukul 9 malam semalam di hospital.

“Kemudian saya minta izin untuk pulang semula ke rumah dan selang beberapa minit tiba rumah, saya diberitahu oleh abang bahawa bapa telah meninggal dunia.

“Arwah tidak meninggalkan sebarang pesanan kepada saya. Namun, syukurlah saya sempat bertemu dengan arwah di hospital buat kali terakhir

“Urusan pengebumian sudah selamat dilakukan pagi tadi. Alhamdullilah semua urusan dipermudahkan,” katanya kepada Kosmo Online!

Terdahulu, pelakon drama Korban Kasih ini berkongsi berita sedih pemergian arwah bapanya menerusi satu hantaran dalam Instagram. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI