fbpx

Paras air Sungai Golok meningkat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEORANG penduduk Kampung Chenok, Nasran Nasuha menunjukkan paras terkini air Sungai Golok yang semakin meningkat sejak semalam.

RANTAU PANJANG – Kira-kira 4,000 penduduk yang tinggal berhampiran tebing Sungai Golok diminta untuk berjaga-jaga sebagai langkah awal kemungkinan berlaku banjir di kawasan tersebut.

Ia susulan paras air sungai itu sudah berada di tahap amaran selepas hujan renyai-renyai yang tidak berhenti sejak beberapa hari lalu.

Tinjauan Kosmo! mendapati, paras air Sungai Golok menunjukkan peningkatan sejak semalam.

Kampung Kubang Chenok berhampiran pekan Rantau Panjang berkemungkinan menjadi lokasi pertama yang akan berlaku banjir sekiranya paras air Sungai Golok mencecah paras 8.9 meter.

Sementara itu, Ketua Balai dan Penyelamat Rantau Panjang, Penolong Penguasa Bomba Imran Ismail menasihatkan penduduk terutamanya di kawasan rendah supaya bersiap sedia lebih awal jika diarahkan untuk berpindah.

Katanya, persediaan lebih awal itu akan memudahkan proses pemindahan dijalankan yang menggunakan prosedur operasi standard (SOP) bagi memutuskan rantaian Covid-19 ketika ini.

“Semua mangsa banjir perlu menjalani saringan suhu badan dan mereka akan diasingkan sekiranya melebihi 37 darjah celcius

“Kita berharap penduduk dapat memberikan kerjasama penuh dengan tidak menyembunyikan maklumat sekiranya mereka mempunyai gejala atau pulang dari kawasan zon merah,” katanya.-K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI