fbpx

Integriti PDRM tercalar – KPN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abdul Hamid

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) bukan sekadar berhadapan dengan persepsi negatif masyarakat umum, namun imej pasukan keselamatan itu juga tercalar daripada beberapa siri tangkapan anggotanya atas kesalahan jenayah terutamanya rasuah dan dadah.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, disebabkan angkara segelintir warga pasukan yang tidak bermaruah dan mementingkan diri sendiri, keseluruhan organisasi pasukan dihukum, dicaci serta dituduh oleh masyarakat seperti tidak boleh diharapkan.

“Saya mengambil kesempatan ini untuk menegaskan bahawa PDRM tidak pernah sama sekali berkompromi dalam apa juga isu yang berhubung kait dengan perlakuan rasuah, perlanggaran peraturan atau undang-undang membabitkan warga pasukan.

“Tindakan tegas bakal dikenakan termasuk penamatan perkhidmatan mengikut Peraturan 49: Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, akan diambil ke atas mereka yang didapati terbabit dalam jenayah, gejala rasuah, serta salah laku yang serius dan berulang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Pelancaran Buku Pelan Antirasuah PDRM (PAPDRM) 2020 yang disiarkan secara langsung menerusi laman sosial rasmi PDRM dan Jabatan Integriti dan Pematuhan Standards (Jips) di sini hari ini.

Turut hadir Ketua Pengarah Pusat Governans, Integriti dan Anti-Rasuah Nasional (GIACC), Tan Sri Abu Kassim Mohamed dan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Azam Baki. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI