fbpx

84 tan daging kerbau India dirampas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

SEBERANG PERAI – Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) negeri merampas hampir 84 tan daging kerbau sejuk beku dalam pemeriksaan di Terminal Kontena Butterworth Utara (NBCT) di sini Selasa lalu.

Daging tersebut ditemui ketika pemeriksaan di dalam tiga buah kontena kira-kira pukul 4.20 petang.

Pengarah Maqis negeri, Zarina Ramli berkata, rampasan itu dibuat selepas pihaknya mendapati konsainan berkenaan tidak mematuhi syarat permit import seperti yang dikeluarkan oleh pihaknya.

“Kita menyita 83,988 kilogram daging kerbau sejuk beku bernilai kira-kira RM1 juta itu untuk tindakan selanjutnya.

“Siasatan mendapati produk itu cuba dibawa masuk ke negara ini dari India,” katanya kepada pemberita hari ini.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 15(1) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta 728]. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI