fbpx

Belanjawan Johor 2021 fokus 3 objektif

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hasni (tengah) akan membentangkan Belanjawan Johor 2021 di Kota Iskandar, Iskandar Puteri hari ini.

ISKANDAR PUTERI – Belanjawan Johor 2021 yang dibentangkan hari ini akan memberi fokus kepada tiga objektif utama sebagai usaha memberi bantuan dan pengupayaan kepada semua rakyat dalam menempuh suasana getir ancaman pandemik Covid-19.

Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohammad berkata, tiga objektif itu ialah menjamin ketahanan dan kelangsungan ekonomi, memperkasa dan memberdaya tahan kebajikan rakyat Johor serta menjamin kesejahteraan dan kemakmuran rakyat Johor.

“Sekarang juga adalah masa untuk kita menumpukan sepenuh sumber yang ada bagi menata cara baharu untuk menggapai kemakmuran bersama. Insya-Allah, seusai semua musibah ini berlalu pergi nanti.

“Objektif-objektif ini bertujuan sedikit sebanyak memberi bantuan dan pengupayaan kepada semua untuk menempuhi masa yang getir ketika ini,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa membentangkan Belanjawan Johor 2021 pada Persidangan Ketiga Dewan Negeri Johor Ke-14 di sini hari ini.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI