fbpx

Polis, AADK gempur lokasi urus niaga dadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Polis, AADK gempur tempat jual-beli dadah.

SEBERANG PERAI – Seramai 12 lelaki dipercayai penagih dadah ditahan dalam serbuan di beberapa lokasi di Kuala Muda, Kepala Batas di sini hari ini.

Dalam Ops Tapis Khas selama tujuh jam berakhir pada pukul 5 petang itu, mereka yang ditahan berusia dalam lingkungan 20-an hingga 50-an.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, operasi itu berjaya melumpuhkan aktiviti penyalahgunaan dadah di kawasan itu yang dikatakan tempat menjual dadah secara terang-terangan.

“Kita turut merampas dadah jenis heroin.

“Dalam serbuan itu, seramai 10 individu didapati positif dadah serta dua lagi ditahan kerana kesalahan masing-masing atas kesalahan mengedar dan memiliki dadah,” katanya.

Operasi itu turut dibantu Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Daerah Seberang Perai Utara.

Menurutnya, sepuluh tangkapan diserahkan kepada AADK bagi siasatan mengikut Seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah 1983, manakalala bakinya akan direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39 A(1) dan Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI