fbpx

Mumia dinasti Ptolemaic ditemui

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANTARA keranda dipercayai milik pembesar kerajaan purba dinasti Ptolemaic yang ditemui di wilayah Saqqara, Mesir.

LEBIH 100 keranda yang masih kukuh dan beberapa daripadanya mengandungi mumia telah dijumpai di Saqqara, Mesir.

Keranda yang dikebumikan lebih daripada 2,500 tahun lalu itu dikatakan milik pembesar kerajaan Mesir purba dan ditemui di tiga kubur pada kedalaman 12 meter di perkuburan Saqqara di bahagian sebelah selatan Kaherah.

Agensi berita AFP melaporkan, ahli arkeologi yang membuka salah satu keranda itu telah mendedahkan, mumia dibungkus dengan kain kafan yang dihiasi dengan gambar hieroglif berwarna terang.

Saqqara adalah lokasi pengkebumian ibu kota Mesir kuno Memphis yang juga merupakan Tapak Warisan Dunia Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).

Menteri Pelancongan dan Artifak Mesir, Khaled El Anany menjelaskan, barangan yang dijumpai itu berasal dari dinasti Ptolemaic yang memerintah Mesir selama sekitar tahun 300 sebelum Masehi.

“Saqqara masih belum mendedahkan semua isinya kerana ini adalah ‘harta’ yang tidak ternilai.

“Kerja-kerja menggali masih diteruskan. Setiap kali kita cuba mengosongkan serpihan kubur, kita menjumpai jalan masuk ke tempat lain. Lebih 40 patung dewa kuno dan juga topeng ditemui,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI