fbpx

Lebih daripada 1,250 acara perniagaan ditunda, batal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Lebih daripada 1,250 acara perniagaan di Malaysia telah ditunda, malah kebanyakannya terpaksa dibatalkan setakat Ogos lalu akibat penularan pandemik Covid-19, yang mengakibatkan kerugian berjumlah RM1.75 bilion.

Pengarah Eksekutif World Trade Centre Kuala Lumpur dan Pengerusi Majlis Penasihat Anggota Asia Pasifik (Persidangan dan Pameran) World Trade Centre Association (WTCA), Datuk Seri Irmohizam Ibrahim berkata, pada 2019 sebanyak 1,025 acara perniagaan telah dianjurkan di negara ini dan berjaya menarik kehadiran lebih 540,000 pengembara perniagaan antarabangsa.

“Menurut Persatuan Konvensyen, Pameran, Penganjur dan Pembekal Malaysia (MACEOS), acara sebegini telah ­menyumbang sebanyak RM3.9 bilion perbelanjaan langsung ke dalam negara dan berjaya menghasilkan impak ekonomi seba­nyak RM9.2 bilion.

“Oleh itu, intervensi kerajaan dalam perkara ini amat dialu-alukan seperti memberi kelonggaran terhadap penganjuran program dan majlis dengan menekankan penerapan amalan norma baharu,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini semalam.

Selain itu, Irmohizam mengakui negara tiada pilihan selain menghadapi norma baharu dan merangka strategi untuk memulihkan ekonomi, namun sedikit kelonggaran penguatkuasaan adalah penting.

Jelasnya, ia memberi ruang kepada industri untuk terus bernafas dalam kekangan krisis ke­sihatan dan ekonomi.

“Kerajaan juga disarankan supaya mewujudkan satu badan konsultatif acara perniagaan dan penganjuran majlis bagi memastikan kepentingan industri ini akan terus terpelihara,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI