fbpx

Shanghai batal beratus-ratus penerbangan untuk bendung wabak Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PEKERJA kesihatan memakai sut perlindungan diri menunggu untuk melakukan ujian calitan terhadap kakitangan Lapangan Terbang Antarbangsa Pudong di Shanghai kelmarin. - AFP

SHANGHAI – Beratus-ratus penerbangan di salah sebuah lapangan terbang paling sibuk di China dibatalkan hari ini ketika Shanghai berusaha mengawal penularan wabak koronavirus tempatan.

Kakitangan kesihatan melakukan ujian saringan terhadap beribu-ribu pekerja di Lapangan Terbang Antarabangsa Pudong selepas satu kluster kecil kes Covid-19 dikaitkan dengan pekerja kargo lapangan terbang itu.

Shanghai melaporkan tujuh jangkitan tempatan yang dikaitkan dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Pudong bulan ini dengan kebanyakan kes dikesan sejak beberapa hari lalu.

Wabak itu mendorong rancangan untuk memberikan vaksin yang masih di peringkat eksperimen kepada pekerja berisiko tinggi di lapangan terbang itu.  Pihak berkuasa China telah memberi vaksin tersebut kepada kakitangan awam, pelajar antarabangsa dan pekerja penting lain yang menuju ke luar negara sejak Julai lalu.

Pada hari ini, statistik daripada firma perkdhimatan data, VariFlight menunjukkan lebih 500 penerbangan di Lapangan Terbang Pudong telah dibatalkan iaitu menyamai separuh kapasiti penerbangan hariannya.

Hampir separuh penerbangan yang dijadualkan masuk juga dibatalkan.
Lebih 17,700 orang telah menjalani ujian calitan menjelang pagi kelmarin dalam usaha menyaring pekerja kargo lapangan terbang itu, demikian menurut agensi berita Xinhua.

Hampir separuh daripada keseluruhan penerbangan yang dijadualkan di Lapangan Terbang Antarabangsa Tianjin juga telah dibatalkan. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI