PETALING JAYA – Hong Leong Bank dan Hong Leong Islamic Bank Bhd. (HLB) menyediakan proses permohonan pelan bantuan pembayaran balik pinjaman yang lebih mudah bagi pelanggan terjejas akibat pandemik, terutamanya golongan B40, M40 dan perusahaan mikro.
Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif HLB, Domenic Fuda berkata, di bawah pelan bantuan pembayaran kategori B40, pelanggan individu dan pasangan mereka dalam kategori berkenaan dan berdaftar di bawah Bantuan Sara Hidup atau Bantuan Prihatin Rakyat boleh mendapatkan bantuan tanpa sebarang dokumen bermula semalam hingga 30 Jun 2021.
“Pelanggan boleh memilih penangguhan pembayaran tiga bulan atau pengurangan ansuran bulanan 50 peratus selama enam bulan.
“Bank turut menawarkan pengurangan ansuran bulanan sebanyak 25 peratus selama enam bulan bagi pelanggan yang ingin menguruskan pembayaran balik sambil mengurangkan faedah/keuntungan tambahan yang terkumpul,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini semalam.
Fuda menjelaskan, bagi perusahaan mikro, mereka boleh memohon penangguhan tiga bulan atau pengurangan ansuran bulanan 50 peratus selama enam bulan hanya dengan mengisytiharkan perniagaan mereka merosot disebabkan Covid-19 atau Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat.
Sementara itu, pelanggan M40 pula tidak perlu menghantar sebarang dokumen ketika menghantar permohonan kerana pengesahan dokumen dapat dilakukan setelah permohonan diterima dan diproses oleh bank.
Fuda menjelaskan, selain bantuan pembayaran balik, pihaknya turut menyediakan pelan khusus untuk membantu pelanggan menguruskan hutang kad kredit mereka melalui ‘Pelan Bantuan Penukaran Kad Kredit’.
“Ia membolehkan pelanggan menukar tunggakan baki kad kredit mereka kepada pinjaman berjangka dengan pilihan pelan ansuran 36 bulan dengasn kadar faedah efektif 13 peratus setahun (kadar faedah tetap 7.1 peratus setahun).
HLB tawar proses permohonan pembayaran pinjaman lebih mudah
- Oleh MUHAMMAD IKHWAN IDERIS
- 24 November 2020, 9:01 am
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TERKINI
BERITA BERKAITAN

KPT nafi dakwaan abaikan pelajar B40 lanjut pengajian
13 Jun 2026, 9:09 pm

Terlalu banyak BNPL, peluang lulus pinjaman semakin tipis
9 Jun 2026, 10:22 pm

Penangan BNPL, ‘biar papa asal bergaya’
4 Jun 2026, 8:00 am

‘Tak tergamak sebut perkataan B40 apatah lagi menghina’
3 Jun 2026, 6:35 pm

Tak mohon AL bising, mohon pun bising
3 Jun 2026, 5:17 pm

Lebih 476,000 murid daftar Tahun Satu sesi 2027
3 Jun 2026, 2:39 pm

Golongan tua B40 runsing semakin sukar tunai haji
3 Jun 2026, 8:00 am

Kenduri Sekampung anjuran Kuskop manfaat 500 keluarga B40
2 Jun 2026, 3:40 pm






