fbpx

[VIDEO] Cuba ragut di Gombak sebelum ke farmasi Setapak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar menunjukkan suspek cuba meragut beg tangan seorang wanita di sebuah restoran di Gombak.

GOMBAK – Dua lelaki yang bertindak melakukan jenayah ragut di sebuah farmasi di Jalan Gombak, Setapak pada Sabtu lalu dikatakan cuba meragut seorang wanita sejam sebelum itu.

Kegiatan dua suspek itu terbongkar selepas dua rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) berkaitan cubaan ragut itu tular di media sosial hari ini.

Rakaman berdurasi 35 saat itu menunjukkan suspek memakai baju lengan panjang berwarna kuning cuba meragut beg tangan seorang wanita yang baru keluar dari sebuah restoran.

Selepas cubaan ragut itu gagal, suspek dilihat melarikan diri bersama rakannya yang memakai baju-T berwarna hitam.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata, pihaknya menerima laporan daripada seorang wanita berusia 38 tahun berhubung beg tangannya cuba diragut di sebuah restoran di Prima Sri Gombak pada Sabtu lalu.

“Kejadian berlaku pada pukul 7.35 malam dan suspek gagal meragut susulan mangsa memegang erat beg tangannya sebelum menjerit meminta bantuan.

“Susulan kejadian itu, suspek dan rakannya bertindak melarikan diri menaiki sebuah kereta jenis Perodua Myvi berwarna merah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambahnya, orang ramai yang mempunyai maklumat diminta berhubung dengan Pegawai Penyiasat kes Inspektor Khalpna atau Asisten Superintendan Kolanthai Velu di talian 03-6126 2222 atau 019-257 9232.

Kes disiasat mengikut Seksuen 393 Kanun Keseksaan iaitu cubaan samun.

Kosmo! Online semalam melaporkan seorang wanita menjadi mangsa ragut selain mukanya ditumbuk suspek dalam kejadian di sebuah farmasi di Jalan Gombak, Setapak. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI