fbpx

7 kumpulan penyeludup ketum warga tempatan dikenal pasti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengenal pasti tujuh sindiket penyeludupan ketum dan ubat batuk yang didalangi warga tempatan.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, salah satu daripada tujuh kumpulan itu terlibat dalam insiden berbalas tembakan dengan Pasukan Gerakan Am di pos sempadan Malaysia-Thailand di Padang Besar, Perlis awal pagi tadi.

Katanya, seramai 13 suspek yang menganggotai tujuh kumpulan penyeludup tersebut dapat diberkas dalam satu operasi hari ini.

“Tiga daripada suspek tersebut mengaku terlibat dalam insiden berbalas tembakan (di Padang Besar) pagi tadi.

“Usaha memburu ahli sindiket yang lain masih giat dijalankan,” katanya pada sidang akhbar khas di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman hari ini.

Dalam kejadian berbalas tembakan itu, pihak berkuasa menahan enam individu. Tiga daripada mereka cedera dan menerima rawatan di hospital di Hatyai dan Sadao.

Menurut beliau, siasatan lanjut mendapati tujuh kumpulan penjenayah tersebut aktif menyeludup di kawasan berkenaan memandangkan lokasinya berhampiran sempadan selain diliputi belukar tebal.

“Berdasarkan risikan, sindiket penyeludupan Thailand akan memanjat tembok sempadan menggunakan tangga untuk membawa masuk guni berisi ketum dan ubat batuk ke negara mereka.

“Manakala bekalan dadah untuk pasaran tempatan pula akan ditinggalkan di lokasi tertentu di kawasan tersebut,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI