fbpx

SPRM kesan tiga individu bantu siasatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DARI kiri, Wei Chien, Lei Kiow, Bok Hay.

PUTRAJAYA –  Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang mengesan tiga individu bagi membantu siasatan kes rasuah melibatkan sindiket penyalahgunaan pengesahan cap keluar dan masuk di sempadan utama negara.

SPRM dalam satu kenyataan berkata, lelaki pertama, Clement Chen Wei Chien, 35, mempunyai alamat terakhir di 12A, Jalan Mandarina Second Enclave, Cheras, dan No. 20 Canary Residensi, Jalan CH 5B, Taman Cheras, Hartamas Batu 9, Cheras, Selangor.

Menurutnya, lelaki kedua, Ong Bok Hay, 66, mempunyai tiga alamat terakhir di Kuala Lumpur dan Selangor iaitu di A-11-3 Villa Angsana Condo 56 Jalan Krian Off Jalan Ipoh, A-16-3A, One Sentul Condominium, Jalan Sentul Ria 1 dan No. 10, USJ 3/4F Subang Jaya, Subang Jaya.

Dalam pada itu, katanya, SPRM turut mengesan seorang wanita, Ho Lei Kiow, 47, yang mempunyai alamat terakhir di No 76, Jalan Bukit Flora 3, Taman Bukit Flora, Batu Pahat, Johor.

Sehubungan itu, orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai ketiga-tiga individu tersebut diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Penolong Penguasa Amirul Ikhwan Selamat di talian 016-509 8947. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI