fbpx

Pasangan kekasih ditahan letak mayat bayi depan masjid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PIHAK polis sedang menjalankan siasatan berhubung penemuan mayat bayi perempuan di hadapan sebuah masjid di Sungai Way, Petaling Jaya semalam.

PETALING JAYA – Sepasang kekasih ditahan bagi membantu siasatan meletakkan mayat bayi perempuan di hadapan sebuah masjid di Sungai Way di sini awal pagi tadi.

Tangkapan ke atas lelaki tempatan berusia 25 tahun dan wanita Indonesia itu dilakukan pada pukul 2.45 pagi di sebuah hotel di Jalan SS3/39 di sini selepas pihak polis menerima laporan daripada imam masjid berhubung penemuan mayat bayi berkenaan pada pukul 8.48 malam semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Superintendan Ku Mashariman Ku Mahmood berkata, mayat bayi berusia empat bulan itu ditinggalkan di dalam bungkusan beg plastik bersama satu nota.

“Berdasarkan nota itu, suspek meminta pihak masjid menguruskan jenayah anaknya dengan alasan tidak tahu menguruskan jenazah.

“Selain itu, suspek mendakwa menjadi mangsa buangan keluarga kerana kelahiran bayi tersebut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, berdasarkan rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) di hadapan masjid, pihak polis berjaya mengesan kedua-dua suspek.

“Mereka mengaku meninggalkan mayat bayi tersebut dan siasatan lanjut berhubung kes itu masih dijalankan.

“Proses bedah siasat bayi itu akan dilakukan esok di Pusat Perubatan Universiti Malaya,” ujarnya.

Difahamkan, suspek mengaku bertindak sedemikian susulan hubungan mereka tidak direstui keluarga.

Kedua-dua suspek direman selama empat hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI