fbpx
Bungkusan berwarna kuning yang mengandungi pasu dan duit syiling lama ditemui di Panta Irama,Bachok Jumaat lalu.

Bungkusan misteri ditemui di Pantai Irama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BACHOK – Penemuan bungkusan misteri berwarna kuning yang didakwa ditemui di Pantai Irama di sini menggemparkan orang ramai pagi Jumaat lalu.

Bagaimanapun, bungkusan itu sebenarnya hanya mengandungi pasu kecil yang sudah pecah bersama duit syiling lama.

Difahamkan, berdasarkan maklumat orang ramai perbuatan itu dilakukan orang kurang siuman.

Penemuan bungkusan itu tular di media sosial yang menunjukkan anggota polis sedang melakukan pemeriksaan di kawasan tersebut.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Bachok, Deputi Superintendan Samsulmuddin Sulaiman ketika dihubungi Kosmo! berkata, polis tidak menerima sebarang laporan berhubung kejadian itu .

“Kita hanya menerima maklumat orang ramai sebelum anggota unit peronda ke lokasi sebelum mendapati bungkusan itu ditanam di kawasan pantai.

“Apabila membuka bungkusan itu, anggota polis mendapati hanya terdapat pasu kecil yang pecah bersama duit syiling lama,” katanya.

Menurut Samsulmuddin, berdasarkan maklumat orang ramai, bungkusan itu ditanam oleh orang kurang siuman yan berlegar di kawasan itu

Tambahnya, tiada sebarang perkara yang mencurigakan dikesan berlaku di kawasan itu.-K! ONLINE