fbpx

Mitsubishi Xpander mula dihantar kepada pelanggan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Xpander baharu telah mula dihantar kepada pelanggan yang membuat tempahan awal.

PETALING JAYA – Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) telah melakukan penghantaran bagi jentera baharunya, Xpander kepada pelanggan yang membuat tempahan awal.

Ketua Pegawai Eksekutif MMM, Tomoyuki Shinnishi berkata, sokongan pelanggan terhadap jentera tersebut menyaksikan tempahan bagi Mitsubishi Xpander melebihi kapasiti pembuatan mereka sehingga Disember depan.

“Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pelanggan kami atas sokongan yang diberikan,” katanya dalam satu kenyataan.

Xpander baharu kini boleh dilihat dan dipandu uji di semua bilik pameran Mitsubishi Motors di seluruh negara.

Sementara itu, Tomoyuki memaklumkan, jentera berkenaan dijangka dijual pada harga RM94,800 selepas tempoh pengecualian cukai berakhir. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI