fbpx

Arteta waspada helah Leeds

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ARTETA berdepan tekanan untuk mencari kemenangan menentang Leeds selepas mereka tewas pada aksi sebelum ini kepada Villa. – AFP

LONDON – Menjelang aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) menentang Leeds United di Elland Road awal pagi esok, pengurus Arsenal, Mikel Arteta berharap pemain-pemainnya berjaga-jaga dengan kemampuan pasukan tuan rumah.

The Gunners pastinya terdesak untuk mengutip tiga mata selepas dikejutkan dengan kekalahan 0-3 kepada Aston Villa di laman sendiri dua minggu lalu.

Justeru, Arteta percaya skuad kendaliannya itu sedia menebus kekecewaan tersebut selain menggesa pemain-pemainnya menampilkan aksi lebih konsis­ten.

“Sudah tentu kekalahan kepada Villa sangat menyakitkan kerana ia berlaku di laman sendiri. Kami sudah biasa berdepan keadaan seperti itu, jadi saya yakin pemain akan tunjukkan kebangkitan.

“Saya tahu perlawanan sebelum ini berbeza dengan aksi menentang Leeds tetapi kami perlu baiki kelemahan-kelemahan itu dan cuba tampilkan permainan terbaik,” kata pengendali dari Sepanyol itu.

Mengulas kemampuan yang dimiliki Leeds, Arteta percaya skuad kendalian Marcelo Bielsa itu tidak boleh dipandang rendah kerana mereka sentiasa menampilkan aksi menyerang dan agresif.

“Saya tahu mereka akan bermain dengan corak serangan seper­ti biasa. Mereka juga memiliki pemain yang cergas kerana tidak ramai yang bermain di pentas antarabangsa, jadi kami perlu berhati-hati,” tambahnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI