fbpx

Pelakon Nur Risteena dapat hadiah kek ‘lipas’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nur Risteena

KUALA LUMPUR – Jika sebelum ini pelakon Ruhainies menerima kejutan kek berwajah pondan Thailand, kini giliran kakaknya, Nur Risteena yang mendapat kejutan kek hari lahir berupa lipas sempena ulang tahun ke-31 semalam.

Menerusi perkongsian video berdurasi satu minit empat saat yang dimuat naik di Instagram Nur Risteena, dia memberitahu, lipas adalah binatang paling ditakuti.

“Kek lipas, kejutan hari jadi. Lipas adalah binatang yang pa­ling Ris takut dalam hidup!

“Kenapa tak ada binatang lain korang nak pilih?” tulis Nur Risteena di kapsyen.

Inilah kek berbentuk lipas hadiah hari jadi Nur Risteena.

Di Instagram Ruhainies, dia turut memuat naik video yang sama dan memberitahu sudah lama merancang untuk membuat tempahan kek berbentuk lipas.

“Saya memang dah lama rancang nak tempah kek ini untuk Risteena sebab dia daripada kecil lagi punya takut lipas.

“Kalau menjerit boleh gegar bangunan. Korang rasa, dia makan tak kek itu?” tulisnya.

Julai lalu, Ruhainies menerima kek hari jadi berwajah pelik dan foto tersebut tular di media sosial dan internet.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI