fbpx

TKKR berang tindakan MAM, KBS 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KASMA menerima bantuan daripada KBS melalui MAM, namun TKKR menganggap penyaluran bantuan itu dibuat secara tidak sesuai.

PASUKAN ONEXOX TKKR SAG Team ‘naik angin’ dan mempersoalkan tindakan Persatuan Permotoran Malaysia (MAM) dan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menyerahkan cek bernilai RM52,000 kepada pelumba Moto2 negara, Kasma Daniel Kasmayudin tanpa pengetahuan mereka.

Prinsipal pasukan, Bobby Farid Shamsuddin terkilan dengan tindakan badan induk negara tersebut selepas mendapati pihak tersebut membelakangi mereka tanpa memberitahu dana penyaluran tersebut.

“Isu ini telah mengguris hati saya selepas keluar video pelumba kita sendiri iaitu Kasma mengucapkan terima kasih kepada MAM dan KBS mengenai dana yang dia terima sekali gus mengurangkan masalah kewangan beliau.

“Saya tidak kisah mengenai dana itu disalurkan kepada pelumba negara secara terus tetapi berilah tahu kepada pasukan ini yang bersusah payah meletakkannya beraksi di MotoGP.

“Yang membuat saya marah hari ini adalah cara ia dijalankan. Saya akan sediakan cek berjumlah RM52,000 kepada MAM dan serahkan semula kepada KBS semula sebab bukan cara macam ini duit rakyat dan kerajaan digunakan untuk memberi apa-apa bantuan.

“Bagi saya ia perlu melalui proses yang betul, cara yang betul dan bukan cara macam itu dengan campak duit terus hantar ke sana. Ingat kita ini apa sampah ke, minta sedekah,” katanya dalam laman Facebook rasmi TKKR.

Dalam pada itu, Bobby turut mempersoalkan tindakan KBS meletakkan MAM sebagai orang tengah mengenai penyaluran dana ke Kasma.

“Berapa jumlah yang disalurkan kepada pelumba negara. Secara logiknya tugas MAM ini apa? tempat penyaluran duit. Mereka lihat TTKR tidak wujud dalam industri ini hingga tidak tahu pasukan ini meletakkan Kasma di MotoGP.

“Kepada KBS, kenapa pasukan yang telah mengeluarkan perbelajaan jutaan ringgit diketepikan. Mereka ingat kami ini apa, pasukan Indonesia, Thailand, Jerman? Serius saya katakan KBS tiada otak,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI