fbpx

Simpan wang di usia muda elak hidup susah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.
NUR HUDA MUSA,
WARTAWAN EKSEKUTIF

Dalam mengharungi cabaran hidup, kita mudah rasa tertekan atas pelbagai punca terutama kewangan yang tidak mencukupi.

Apatah lagi negara kini dilanda Covid-19 sehingga ramai kehilangan pekerjaan atau terpaksa akur dengan keputusan syarikat yang hanya mampu membayar gaji pokok.

Keadaan ini sudah tentu membimbangkan terutama golongan muda yang baru ingin membina hidup.

Dalam keadaan sekarang, sudah tentu perancangan untuk membuat simpanan bagi kegunaan kecemasan dan kegunaan masa hadapan kelihatan sukar.

Persoalannya, jika berterusan meletakkan tangga gaji sebagai alasan, bagaimana untuk kita maju ke depan dan mula mempunyai wang simpanan.

Ramai dalam kalangan anak muda masih memperoleh gaji asas rendah.

Meskipun lulusan universiti, peluang kerja yang terhad ditambah pula dengan lambakan graduan membuatkan kita terpaksa menerima apa sahaja peluang pekerjaan yang ada.

Tidak hairanlah ada antara mereka yang terpaksa menerima jawatan tidak setimpal dengan kelulusan, asalkan mempunyai pekerjaan.

Kajian Literasi Kewangan Malaysia RinggitPlus 2019 dengan kerjasama Visa mendedahkan, sebanyak 43 peratus rakyat mem­belanjakan semua pendapatan mereka.

Ramai masyarakat juga tidak memahami konsep simpanan asas.

Kebanyakannya akan menyimpan apabila mempunyai lebihan wang.

Media melaporkan kajian Bank Negara Malaysia (BNM) pu­la mendapati, sebanyak 75 peratus daripada rakyat Malaysia tidak mempunyai simpanan walaupun RM1,000.

BNM juga menyatakan hanya enam peratus rakyat mempunyai wang mencukupi untuk meneruskan hidup lebih enam bulan pada waktu kecemasan atau tempoh susah, manakala 18 peratus lagi boleh hidup lebih tiga bulan.

Pensyarah Kanan, Fakulti Eko­nomi dan Muamalat, Universiti Sains Islam Malaysia, Mohammad Noorizzuddin Nooh berkata, gaji sedikit bukanlah alasan untuk tidak boleh me­nyimpan atau memiliki aset.

Menurutnya, sikap bijak ber­belanja adalah asas utama dan yang kedua ialah perlu tahu medium yang betul untuk membuat simpanan.

“Kita ambil contoh anak muda bergaji RM2,000 sebulan. Mereka perlu tahu membezakan antara keperluan dan kemahuan. Selain itu, mereka juga perlu tahu kemampuan kewangan mereka.

“Kegagalan menilai kemampuan kewangan sendiri menjadi punca graduan tidak berjaya menyimpan dan dibebani hutang yang banyak,” katanya ketika dihubungi Kosmo! baru-baru ini.

Menurutnya, suatu ketika da­­hulu media pernah melaporkan, berdasarkan kajian ramai graduan memilih untuk memiliki Toyota Vios dan Honda City berbanding kenderaan tempatan walaupun perbezaan harga yang perlu dibayar adalah besar.

Ujarnya, golongan muda juga perlu memikirkan alternatif lain untuk melakukan simpanan, se­perti membuat ‘simpanan terpaksa’ dan pastikan setiap simpanan itu mempunyai tujuan.

“Jika mahu menyimpan, an­da kena tahu di mana mahu me­nyim­pan. Sekiranya simpan dalam akuan bank lain, aksesnya mudah dan boleh dikeluarkan bila-bila masa.

Jadi, ini yang menjadi punca wang simpanan itu akhirnya habis dipakai.

“Seeloknya, cari medium se­suai dan setiap simpanan itu mesti mempunyai sasaran berapa banyak untuk kegunaan sesuatu perkara dan jangka masa untuk menyimpan,” ujarnya.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI