fbpx

Seks luar tabii, rompak pekerja spa wanita

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tertuduh keluar dari Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas didakwa empat pertuduhan melakukan hubungan seks tanpa kerelaan, persetubuhan luar tabii, mencabul kehormatan dan merompak seorang pekerja spa wanita minggu lalu.

KAJANG – Seorang pekerja kontrak terpaksa meringkuk dalam lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang selepas Mahkamah Sesyen di sini hari ini tidak membenarkan dia diikat jamin atas empat pertuduhan antaranya melakukan seks luar tabii dan merompak seorang pekerja spa wanita minggu lalu.

Hakim Mohd. Kafli Che Ali membuat keputusan itu selepas mendengar dan menimbang permohonan daripada pihak pendakwaan dan rayuan tertuduh Noor Hezree Mohd. Arifin,32.

Semasa prosiding, Timbalan Pendakwa Raya Norhana Sahat membantah sebarang jaminan memandangkan dalam kes ini dikhuatiri tertuduh akan mengganggu mangsa selain tertuduh seorang yang ganas.

“Tertuduh juga turut melarikan diri dari tahanan polis di Hospital Kajang semasa sampel asid deoksiribonukleik (DNA) diambil.Pihak pendakwaan memohon mahkamah tidak menggunakan budi bicara untuk memberikan ikat jamin terhadapnya,” katanya.

Bagaimanapun, tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon mahkamah memberikan ikat jamin dengan alasan dia mempunyai isteri dan dua orang anak berusia 10 dan 11 tahun.

Terdahulu semasa prosiding Noor Hezree mengaku tidak bersalah atas empat pertuduhan tersebut selepas semua pertuduhan itu dibacakan oleh jurubahasa mahkamah. -K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI