fbpx

Pengawal keselamatan seludup masuk lelaki didakwa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tertuduh, Mohd. Basyaruddin Hassan, 42, dibawa ke Mahkamah Sesyen Kuala Kangsar hari ini atas pertuduhan menyeludup masuk lelaki warga India tahun lalu.

KUALA KANGSAR – Seorang pengawal keselamatan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan penyeludupan migran merupakan seorang lelaki warga India tahun lalu.

Tertuduh, Mohd. Basyaruddin Hassan, 42, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rohaida Ishak.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan penyeludupan migran seorang lelaki warganegara India, Jaswinder Singh di Kaunter Kawalan Pemeriksaan Keluar, Kompleks Imigresen Bukit Berapit, Pengkalan Hulu pada pukul 3.40 petang 20 Mei 2019.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 26J Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 yang boleh dihukum penjara sehingga lima tahun dan boleh dikenakan denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Jabatan Imigresen Malaysia, Siti Rovinna Mohd. Rawi manakala tertuduh tidak diwakili peguam bela.

Siti Rovinna kemudian memohon izin untuk membawa kes tersebut kepada Mahkamah Tinggi mengikut Seksyen 177A(1) Kanun Tatacara Jenayah untuk dibicarakan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) dan perkara tersebut dibenarkan mahkamah.  -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI