fbpx

Tiga daerah alami banjir kilat di NS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penduduk Kampung Air Taling, Dangi, Johol, Kuala Pilah, Azmi Zainal Abidin (kiri) membersihkan rumahnya yang diselaputi lumpur selepas kampung tersebut dilanda banjir kilat, awal pagi semalam.

SEREMBAN – Seramai 178 orang terjejas dalam kejadian banjir kilat yang berlaku awal pagi semalam di tiga buah daerah di Negeri Sembilan.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam (APM) Negeri Sembilan, Fazlisyah Muslim berkata, tiga daerah tersebut ialah daerah Tampin, Jempol dan Kuala Pilah ekoran hujan lebat sejak lewat malam kelmarin.

“Di Kampung Orang Asli Langkap, Kuala Pilah, tujuh buah rumah terjejas dengan melibatkan 34 orang mangsa manakala di Kampung Air Taling, melibatkan 10 buah rumah dengan 21 mangsa. Manakala di Kampung Batu 10 dan Batu 12, Kepis, Jempol sebanyak 10 buah rumah terjejas melibatkan kira-kira 20 mangsa.

“Namun di Tampin iaitu di Felda Bukit Rokan 2,4 dan 7 pula sebanyak 23 rumah melibatkan 103 mangsa namun, pihak APM masih belum mendapat maklumat penuh kerana anggota masih dalam operasi pemindahan mangsa yang terjejas,” katanya ketika ketika dihubungi hari ini.

Fazlisyah turut memaklumkan, pusat pemindahan sementara juga telah dibuka di Dewan Besar Kampung Baru Dangi bagi menempatkan penduduk Kampung Air Taling yang terjejas banji

Sementara itu, katanya, seramai 20 anggota APM telah digerakkan ke tiga buah daerah berkenaan bagi membantu operasi pemindahan mangsa dan pembersihan.

“Untuk makluman, kami sedang mengenal pasti kawasan Felda Bukit Rokan kerana kawasan ini tidak termasuk dalam lokasi panas yang sering berlaku banjir.

“Kami menjangka banjir kilat yang berlaku disebabkan akibat aliran air yang tidak lancar ke sungai berdekatan,” katanya.

Dalam pada itu, beliau juga turut menasihatkan agar semua penduduk di tiga daerah terbabit sentiasa berwaspada dan peka sekiranya berlaku hujan lebat selepas ini.

“Saya berharap semua penduduk di tiga daerah terlibat dapat berwaspada sekiranya berlaku lagi hujan lebat,” katanya.  – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI