fbpx

Sediakan dana jika mahu tukar perniagaan baharu -PPMPM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Persatuan Pengusaha Majlis Perkahwinan Malaysia (PPMPM) meminta kerajaan menyediakan dana atau geran untuk membolehkan usahawan yang terlibat dalam industri tersebut memohon untuk dijadikan modal bagi memulakan bidang perniagaan baharu.

Setiausaha Agung persatuan berkenaan, Arabath Ali Arul Alavudeen berkata, dana tersebut seharuskan disediakan secepat mungkin bagi membolehkan mereka yang terjejas dapat meneruskan kelangsungan hidup.

“Kami mengalu-alukan kenyataan daripada Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Jaafar untuk menukar bidang perniagaan yang bersesuian daripada bidang perkahwinan,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini semalam.

Menurut Arabath Ali, dianggarkan sebanyak 150,000 majlis perkahwinan masih tertangguh di seluruh negara semenjak Perintah Kawalan Pergerakan berkuatkuasa pada bulan April lalu.

Jelasnya, hanya lima peratus sahaja yang melangsungkan perkahwinan atau pernikahan mereka melalui online dan yang baki perkahwinan masih menunggu untuk melangsungkan perkahwinan selepas keadaan pulih.

“Ini menunjukan majlis keramaian adalah budaya masyarakat malaysia yang tidak dapat dihapuskan dengan perkembangan teknologi atau pandemik yang bersifat sementara,” ujarnya.

Arabath Ali mengulas kenyataan Wan Junaidi baru-baru ini yang meminta pemain industri perkahwinan yang terjejas bertukar kepada bidang perniagaan lain yang bersesuaian pada masa sekarang.

Beliau menerangkan, perkara tersebut perlu dipertimbangkan ekoran suasana perkahwinan di negara ini yang telah berubah seiring dengan kebiasaan baharu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI