fbpx

Remaja lemas dihanyut arus deras

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mayat Abdul Rashid ditemui kira-kita 30 meter dari lokasi dia dilaporkan lemas ketika mandi bersama rakannya di Sungai Skudai berhampiran Jalan Berkat, Kampung Sepakat, Senai, Kulai petang hari ini. Foto IHSAN BOMBA

KULAI – Kegembiraan enam remaja memancing di Sungai Skudai berhampiran Jalan Berkat, Kampung Jaya Sepakat, Senai, dekat sini hari ini berakhir dengan tragedi apabila salah seorang daripada mereka mati lemas dihanyutkan arus deras.

Mayat mangsa, Abdul Rashid Abdul Rahim, 18, ditemui pada jarak kira-kira 30 meter dari lokasi hanyut pada pukul 6.25 petang tadi.

Terdahulu, dalam kejadian 2.38 petang itu, mangsa, Abdul Rashid difahamkan bersama seorang lagi rakannya sedang mandi di sungai tersebut setelah selesai memancing.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bandar Baru Kulai, Penolong Penguasa Bomba Mohd. Fauzi Awang berkata, mangsa difahamkan ke kawasan itu untuk memancing bersama lima lagi rakan yang berusia belasan tahun.

Katanya, ketika kejadian, empat rakan mangsa masih lagi leka memancing manakala mangsa dan seorang rakan turun untuk mandi selepas selesai memancing.

“Menurut saksi di lokasi, rakan mangsa hanya mandi di tebing sungai sahaja manakala mangsa pergi ke tengah sungai seakan mahu menyeberang.

“Namun apabila mangsa sampai di tengah sungai di bahagian yang dalam, mangsa terkapai-kapai dan terus tenggelam. Melihat kejadian tersebut, rakan mangsa menghubungi pihak bomba untuk mendapatkan bantuan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Mohd. Fauzi berkata, seramai 10 anggota bomba digerakkan ke lokasi kejadian bagi menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR) bagi mengesan mayat mangsa.

Katanya, operasi itu mengalami kesukaran disebabkan arus sungai tersebut yang sangat deras.

“Pasukan Keluaran Operasi (PKO) bertindak membuat pencarian di sekitar kawasan yang dilaporkan hingga menyusuri tebing sungai.

“Mangsa lemas telah ditemui pada jarak 30 meter dari lokasi hanyut pada pukul 6.25 petang,” katanya.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI