fbpx
Mangsa tertarik dengan iklan menjual nombor pendaftaran kenderaan di Facebook baru-baru ini.

Kempunan nombor plat XX 61, rugi RM14,800

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEBERANG PERAI – Hasrat seorang pekerja swasta untuk membeli nombor pendaftaran kenderaan secara online bukan sahaja tidak kesampaian, malah rugi RM14,800 selepas menjadi mangsa penipuan sindiket menjual nombor plat yang dipercayai tidak wujud.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, lelaki berusia 50 tahun itu mula terpedaya oleh sindiket terbabit selepas melayari Facebook baru-baru ini.

“Dia telah melihat satu iklan oleh sebuah syarikat yang menawarkan penjualan pelbagai nombor plat kenderaan pada Oktober lalu.

“Mangsa yang tertarik dengan nombor plat XX 61 terus menghubungi syarikat tersebut untuk membelinya dan bercakap dengan seorang ejen,” katanya kepada pemberita hari ini.

Noorzainy berkata, bagaimanapu, mangsa dan ejen itu tidak pernah bertemu dan hanya berhubung melalui telefon.

“Mangsa yang percaya dengan kata-kata ejen itu telah membuat bayaran sebanyak tiga kali ke dalam tiga akaun bank berbeza berjumlah RM14,800 dalam tempoh sebulan.

“Dia dimaklumkan bahawa akaun-akaun tersebut adalah milik ‘runner’ syarikat yang akan menguruskan pembelian nombor yang ditempah mangsa,” katanya.

Beliau berkata, lelaki itu akhirnya menyedari dirinya ditipu selepas ejen terbabit gagal dihubungi sebelum membuat laporan polis semalam.- K! ONLINE