fbpx

Belgium tagih khidmat Hazard

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HAZARD tersisih dalam aksi menentang England selepas disahkan positif Covid-19, namun mungkin dapat diturunkan berdepan Denmark nanti. – AFP

LEUVEN – Belgium hanya memerlukan keputusan seri menentang Denmark pada saingan Liga Negara-Negara Eropah di Stadium Den Dreef awal pagi esok bagi memastikan mereka muncul juara Kumpulan A2.

Justeru, jurulatih Belgium, Roberto Martinez berharap beliau dapat menggunakan khidmat bintang Real Madrid, Eden Hazard pada perlawanan tersebut.

Bekas pemain Chelsea itu tidak dapat diturunkan ketika mereka mencatat kemenangan ke atas England sebelum ini selepas dia disahkan positif virus Covid-19.

Meskipun belum dapat dipastikan keadaan pemain sayap itu, namun Martinez tetap optimis Hazard memiliki peluang cerah untuk membantu Belgium pada aksi menentang Denmark.

“Eden (Hazard) tidak dapat diturunkan pada perlawanan menentang England, namun keadaan itu mungkin berubah sebelum kami bertemu Denmark nanti.

“Saya tahu masa semakin suntuk untuk Hazard beraksi tetapi saya mahu dia sekurang-kurangnya turun menjalani latihan sekali bersama kami pada saingan antarabangsa ini,” ujar Martinez.

Sebagai rekod, Hazard sudah tidak beraksi bersama Belgium hampir setahun dan keadaan fizikalnya sebelum ini mencetuskan tanda tanya apabila dilihat semakin berisi. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI