fbpx

Bekas staf Utusan meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Siti Nor Hanizah

KOTA BHARU – Selepas hampir sebulan bertarung nyawa, bekas kakitangan bahagian pemasaran Utusan Melayu (M) Berhad, Siti Nor Hanizah Mohd. Noordin, 33, yang koma akibat kemalangan di Jalan Kampung Kuala Itek, Rantau Panjang menghembuskan nafas terakhir pukul 3.30 petang tadi.

Sebelum ini, Siti Nor Hanizah menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, Kelantan.

Kosmo! Online sebelum ini melaporkan, dalam kejadian 22 Oktober lalu, Siti Nor Hanizah dikatakan dalam perjalanan dari Kota Bharu untuk pulang ke rumahnya di Kuala Long, Jeli terlibat dalam kemalangan selepas motosikal yang ditunggangnya dipercayai tergelincir ekoran hujan lebat.

Kemalangan itu menyebabkan Siti Nor Hanizah mengalami pendarahan, retak tulang pinggul, patah paha dan fraktur tulang belakang hingga ke tengkuk. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI