fbpx

ADUN Ketari dikompaun RM1,000 langgar SOP PKPB

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar tular Young Syefura berkelah di Bagan Lalang, Sepang baru-baru ini yang mencetuskan kemarahan netizen.

SEPANG – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ketari, Young Syefura Othman dikenakan kompaun RM1,000 selepas didapati bersalah melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Selangor, baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, pihaknya mengesahkan wakil rakyat DAP itu bersalah selepas kertas siasatan diserahkan kepada Pengarah Pendakwaan Selangor minggu lalu.

Katanya, empat rakan yang bersama-sama wakil rakyat itu turut dikenakan kompaun RM1,000 setiap seorang.

“Kes berkenaan dianggap selesai selepas kompaun dikeluarkan terhadap lima individu terbabit yang melanggar SOP PKPB,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Sebelum ini, Kosmo! melaporkan, Young Syefura didapati melanggar SOP PKPB selepas gambar beliau bersama-sama empat rakannya ketika meraikan ulang tahun kelahiran wakil rakyat berkenaan di pantai Bagan Lalang, Sepang tular di laman sosial.

Mereka didapati bersalah kerana tidak memakai pelitup muka dan gagal mematuhi penjarakan fizikal. -K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI