fbpx

Lima terbunuh serangan pengebom bunuh diri di restoran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Orang awam melihat sebuah kenderaan yang musnah akibat serangan bom kereta berhampiran Parlimen Somalia di Mogadishu pada 15 Jun 2019. - GAMBAR FAIL/AFP

MOGADISHU – Seramai lima individu termasuk seorang anggota polis terbunuh, manakala sekurang-kurangnya 10 lagi cedera selepas satu serangan pengebom bunuh diri berlaku di sebuah restoran di ibu kota Mogadishu, Somalia hari ini.

Jurucakap polis, Mohamed Abdirahman berkata, serangan berlaku selepas seorang individu tidak dikenali masuk ke dalam restoran yang terletak berhampiran sebuah akademi polis sebelum bertindak meletupkan diri.

“Dua daripada lima mangsa yang terkorban merupakan anggota polis dan lebih daripada 10 orang didapati cedera.

“Mangsa yang cedera telah dikejarkan ke hospital dan sebahagian daripada mereka mengalami kecederaan parah,” katanya.

Sementara itu, seorang saksi, Abdukadir Hussein berkata, restoran tersebut dipenuhi orang ramai ketika kejadian berlaku.

“Kebanyakan orang yang berada di dalam restoran cedera dan saya sendiri melihat dua daripada mereka maut. Seluruh tempat itu musnah selepas letupan berlaku,” ujarnya.

Setakat ini, masih tiada lagi pihak yang mengaku bertanggungjawab terhadap serangan tersebut.

Sebelum ini, sebuah kumpulan yang dikaitkan dengan Al-Qaedam, Al-Shabaab didakwa sering melakukan serangan terhadap orang awam dan pegawai kerajaan di Mogadishu, namun mereka berjaya dibendung oleh tentera Kesatuan Afrika pada tahun 2011. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI