fbpx

417 kg tanduk biri-biri dirampas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahgian tanduk biri-biri yang dirampas MAQIS Selangor di Pelabuhan Klang Utara, Selangor Jumaat lalu.

KLANG – Cubaan menyeludup masuk 417 kilogram (kg) tanduk biri-biri dari Afrika Selatan gagal selepas dihidu pihak berkuasa di Pelabuhan Klang Utara, baru-baru ini.

Rampasan bernilai RM19,544.57 dilakukan Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) Selangor kira-kira pukul 10.30 pagi, Jumaat lalu.

Pengarah Maqis negeri, Dr. Tarmisal Alimin berkata, penemuan tanduk biri-biri itu hasil pemeriksaan rutin pihaknya terhadap sebuah kontena dari Afrika Selatan.

Katanya, tanduk tersebut disembunyikan di dalam kotak pada kontena tersebut.

“Semakan mendapati tanduk biri-biri yang diimport oleh sebuah syarikat tempatan tidak mempunyai permit import Maqis yang sah.

“Kita percaya tanduk biri-biri ini adalah untuk kraftangan dan dijual untuk pasaran tempatan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau menambah, setiap unit tanduk biri-biri itu dijual pada harga antara RM50 hingga RM100.

Dr. Tarmisal menjelaskan hasilan haiwan tanpa permit dan sijil kesihatan verterinar boleh memberi kesan kepada industri ternakan haiwan ruminan daripada segi jangkitan penyakit seperti kuku dan mulut, rinderpest, Anthrax ataupun lain-lain penyakit yang berbahaya kepada industri ternakan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 11(1) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728) yang boleh dihukum di bawah Seksyen 11(3) akta yang sama.

“Jika sabit kesalahan, boleh didenda tidak melebihi RM100, 000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi enam tahun atau kedua-duanya sekali.Kesemua dagangan tersebut telah ditahan untuk tindakan lanjut,” ujarnya.

Mengulas lanjut, beliau menegaskan pihaknya sentiasa komited menjalankan penguatkuasaan undang-undang dan meningkatkan kawalan di semua pintu masuk negara bagi memastikan kawalan penyakit ikan, haiwan, tumbuhan dan jaminan keselamatan makanan terpelihara. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI